Orenburg sebagai pusat budaya Orenburg

Orenburg menduduki tempat yang penting dalam kehidupan tokoh besar Rusia seperti N.M. Karamzin, I. A. Krylov, T. G. Shevchenko, G. R. Derzhavin, V. I. Dal, A. N. Pleshcheev. Pada tahun 1833, Orenburg dilawat oleh penulis terkenal Alexander Pushkin yang mengumpul bahan-bahan mengenai pemberontakan Pugachev. Selepas lawatan itu, Pushkin menulis novel yang terkenal "Puteri seorang Kapten” dan "Sejarah Rusuhan Pugachev"[4].

Di pentas teater drama Orenburg tampil dengan cemerlang para pelakon terkenal Rusia M.M. Tarhanov dan P.A. Strepetova. Di Orenburg duduk dan bermain pelakon perempuan yang hebat A.J. Sadovskaya. Pelakon teater dan wayang yang popular L.S. Bronevoy juga pernah bermain di teater drama Orenburg pada tahun 1950-an. Pemain selo dan konduktor yang terkenal di seluruh dunia Mstislav Leopoldovich Rostropovich menghabiskan masa kanak-kanak yang bertepatan dengan masa perang di Orenburg. Pangsapuri di mana pemuzik itu tinggal dengan keluarga sekarang menjadi muzium peringatan. Atas dasar Sekolah Muzik yang wujud sejak tahun 1927, Institut Kesenian Negara dibuka pada tahun 1997 yang diberi nama M. Rostropovich.

Penduduk dan pengunjung mempunyai pelbagai peluang untuk aktiviti kebudayaan. Taman Zauralnaya yang terletak di pantai Asia sungai Ural tetap menjadi tempat percutian kegemaran penduduk bandar.Kereta Api Kanak-Kanak yang dibuka pada 26 Julai 1953, adalah salah satu daripada kereta api kanak-kanak yang paling lama di Rusia. Panjang laluan kereta api itu adalah 5.6 km.

Setakat ini, bandar ini mempunyai Teater Drama M. Gorky, Teater Tatar M. Faizi, Teater Komedi Muzikal, Panggung Boneka Negara, Teater Perbandaran Boneka "Pierrot", sarkas, dewan filarmonik, beberapa pawagam besar. Kumpulan-kumpulan muzik seperti “Trio Pemain Akordion”, Ppancaragam Perbandaran "Orenburg", Rombongan Perbandaran Lagu dan Tarian Rusia, Koir Akademik Rakyat Rusia dan Ensemble Muzik Kamer "Elegy" diiktiraf bukan sahaja di Rusia, tetapi juga di dunia. Koir Akademik Negara Rakyat Rusia Orenburg melawat berpuluh-puluh negara asing: China, Korea Utara, Jepun, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Sepanyol, Greece, Belgium dan banyak negara lain. Lagunya terkenal "Tudung Orenburg” menjadi simbol muzik Orenburg. Pencipta lagu adalah komposer Sovie, Grigoriy Fedorovich Ponomarenko dan penyair Viktor Fedorovich Bokov, yang pada tahun 1960-an menyediakan program untuk koir itu.Beberapa muzium menyimpan sejarah yang kaya bandar Orenburg. Koleksi Muzium Seni Halus manhandungi karya-karya pelukis termashur Rusia: I.K. Aivazovsky, V.G. Perov, F.A. Malyavin, V.G. Polenov, A.K. Savrasov. Tempat yang ketara di muzium itu dikhaskan untuk karya-karya pelukis yang berasal dari Orenburg sendiri: N.P. Ledjaev, A.F. Stepanov, N. Petina Y.P. Grigoriev, V.T. Ni dan lain-lain. Koleksi mengandungi juga kumpulan unik lukisan naif oleh para pelukis Orenburg. Nama S.G, Stepanov tertera dalam Ensiklopedia Dunia Seni Naif.

Di Muzium Wilayah Orenburg ada barang-barang langka seperti topeng kematian muka A.S. Pushkin, meriam tentera Pugachev, meja rias istana empayar awal abad ke-XIX, pedang-pedang hadiah ratu Elizabeth dan Catherine II kepada para kosek Orenburg serta koleksi flora dan fauna wilayah Orenburg.Di Muzium Sejarah Orenburg yang terletak dalam bekas pondok pengawal dipamerkan ekspo khusus tentang Pemberontakan Pugachev ( 1773-1775). Antara barang pamer sangkar dalam mana Emelyan Pugachev dibawa ke Moscow oleh A.V. Suvorov sebelum dia dijatuhkan hukuman mati oleh Catherine II dan juga potret Pugachev yang dilukis di atas potret Catherine II.